11 October 2013

Tips Membeli Rumah -Part 1

Rumah dan Rumah. This is the thing yang nak sangat I buat lepas kawin besides plan for our baby

Start looking for own own house!!.

So How to start??

As usual ...Google..Google..

1.Banking.com 

a) Teliti semua ciri pakej pembiayaan tersebut dan jangan membuat keputusan hanya berdasarkan kepada satu ciri tertentu sahaja. Carilah pakej yang sesuai dengan keperluan kewangan anda di samping menawarkan manfaat tambahan, seperti terma terma pembayaran yang menguntungkan anda.

- Teliti dan Study (Owhk yang ini tak study lagi -_-)

Of course kena ikut kemampuan kita kan (Nak cakap pasal kemampuan ni dan kecukupan duit kita memang selama-lamanya akan menjadi masalah kan,tapi bil fikir rumah adalah KEPERLUAN , maka kami kena berusaha untuk memberi kemampuan untuknya)


b) Buat belanjawan bagi menentukan harga rumah yang mampu anda beli.
Dengan belanjawan ini, anda boleh menentukan harga maksima hartanah yang ingin anda beli. Sebagai panduan, komitmen bulanan seperti ansuran rumah, kereta dan lain-lain bayaran tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar isi ruma
Periksa sumber kewangan anda:
Tabungan persendirian
pastikan anda mempunyai tabungan persendirian yang mencukupi untuk menjelaskan bayaran muka (anggaran 10% - 20% daripada harga rumah) dan kos sampingan lain seperti fi guaman dan duti setem (anggaran tambahan 3% - 5%)
Pengeluaran daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
jumlah simpanan KWSP yang boleh dikeluarkan untuk membeli rumah tidak boleh melebihi jumlah yang ada dalam Akaun 2 anda. Sila hubungi pejabat KWSP yang berdekatan untuk membuat pertanyaan berhubung kelayakan membuat pengeluaran tersebut

 c) Rumah Pembinaan vs Rumah Siap (Yang mana satu pilihan kita)



Rumah dalam Pembinaan

Jika anda ingin membeli rumah yang masih dalam pembinaan, sila periksa latar belakang pemaju. Jangan takut untuk bertanyakan pelbagai soalan kepada pemaju. Pemaju yang mempunyai rekod yang baik akan mengurangkan risiko projek terbengkalai. Pastikan pemaju:
mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
mempunyai permit sah pengiklanan dan jualan yang dikeluarkan oleh penguat kuasa tempatan.
Rumah Siap

Jika anda ingin membeli rumah yang telah siap daripada penjual, sila dapatkan nilai pasaran bagi rumah yang serupa di kawasan yang sama.

Of course nak rumah yang dalam pembinaan --.Tapi harga sekarang dekat juta-juta kan-

Need to study hard, work hard and the important thing WORK HARD!!!

No comments: