24 November 2011

Waduh-Waduh gawat ini!!!!!

Serius beberapa hari ni rasa banyak benda yang dah lupa....mudah sangat tak ingat dengan beberapa perkara yang baru berlaku.....(waduh gawat ini!!)
Dont forget.....................
Kejadian Semalam
Kak Rozi: As bape hb kita last sem ini?
Ms As: Kalau tak silap as akhir bulan satu tahun depan la kak
Kak Rozi: Eh tak kan la..Khairun register Master bulan satu .........
Ms As: Betul kak ...As tengok kita cuti akhir januari dan naik nanti awal bulan March
Kak Rozi: Owh agaknya dia register dulu kot macam kita dulu.Kita kan register awal...
Ms As: Register?? (Muka berkerut giler...bila pulak aku register awal..sambil ingat registration)
Kak Rozi: Yang bulan puasa tu.......
Ms As: ..........................(lama gile baru nak ingat) ........owh yang kita beratur panjang tu eh...
Kak Rozi: As ni suka sangat lupa................
Ms As: ......dalam hati (demmmmmmm)
At Class
Dr Sharif: What is Information Literacy class?
Ms As: ______________________diam je (Dalam hati apa ni..serius tak leh nk rewind balik apa yang dah belajar dulu...)padahl hari tu baru baca................blog about IL ni.
Semalamnya Kejadian
Back from Class at 10.00pm
Ms As yang Sedang makan jambu
Ms As: _____________ada class tak hari ni?
_____: Tak ada
Ms As: _________Nak jambu tak
Dalam hati (demmmm) sape nama roomate aku ni...!!..sadis-sadis

So produk apa ek yang boleh menajamkan dan memperelokkan daya ingatan dan tenaga Ms As ini..

So nak tanya Hencik Google..............
So ini suggestion by Hencik Google..
a)  Amalkan Madu 
Al-Quran mengiktiraf madu sebagai 'syifa' atau penyembuh penyakit, disamping turut digelar sebagai 'raja ubat'. Madu mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein antiseptik dan enzim yang berupaya meningkat daya ingatan serta kecerdasan mental.Sabda Rasulullah s.a.w., "Barang siapa ingin menghafaz, hendaklah ia minum manisan madu." Selain itu madu juga didapati berkesan untuk merawat penyakit mental. 
(Lama gila tak makan madu after habis degree hari tu (T_____T)

b) Makan Kismis dan Kurma 
Mengandungi zat besi yang diperlukan di dalam darah bagi memastikan oksigen dapat dibawa ke otak dan bahagian tubuh yang lain dengan lancar. 
(Makan kismis /kurma apatah lagi (T______T)Tak gemarkan kedua-duanya sebenarnya..)

c) Membaca Al-Quran
Amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
InsyAllah ....(^_^)

d) Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
(Stress rasanya...................................kot,jadi banyak benda yang tiba-tiba lupa(T_T)

e) Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
(Senam Non Ado ok..senam naik turun tangga p keje and class aje lah..(^_^)
f) Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada  dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.
(Murung ke ??..Kekadang je la kot....(T_T)

Ok banyak lagi.................cara tapi nak try yang ini je la dulu..
hmmmmmm


credit to source INI dan INI dan baca post Doctor ni pun best juga  (Nyanyuk di Usia Muda)

Tq Hencik Google..Trying to improved my self...........
p/s:______________

4 comments:

Datin Hot said...

ini memang sadis kalau nama roomate pun tak hingat. akak ingat nama saya tak ?

Anonymous said...

lor... nape ni Ms As? Takkan byk minum air semut kot... (",) Acai berry mungkin boleh bantu...

Miss Red said...

datin hot: nama alia confirm ingat sepanjang hayat..sebab nama tu comel tu giler dia...suke nama alia.................(^_^)

Miss Red said...

Ananoymous: nth la..........semut pun x jumpa kat sini..camana nk termakan semut...hehe..aca beri?? apa 2..samabal dalca pernah la makan......(^_^)