22 November 2011

Eh Pisang pun ada Kaki......???



ڤيسڠ کاکي
Pernah dengar pisang kaki tak?
Serius saya tak pernah dengar,kalau ada dengar pun confirm-confirm dah lupa dah......Nama Housemate pun kau  boleh lupa lagi la nama buah ni. ek ...

Pernah tak makan pisang ni ?
Kalau tak Pernah dengar pernah pulak makan kan (apa punya soalan ni ..hehe)

Pisang Kaki ni ada tanam kat mana?
Jepun, Filipina,Cina,Mexico,Amerika Syarikat,Kat Israel pun ada
Tapi kat malaysia tak tahu la pulak.Rasanya macam tak pernah nampak je orang tanam pisang ni
(Kalau ada confirm dah masuk Agrotek kat RTM,Tak pun Majalah Tiga kan...)

Bagus sangat ke pisang ni?
Definitely setiap kejadian Allah mempunyai nikmat dan kebaikannya kan So ini Khasiat pisang kaki
Rupanya pisang ni bagus untuk Perubatan sebab ada  vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin
Boleh jugak turunkan tekanan darah tinggi
Meningkatkan  pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori
 Mengatasi masalah sembelit  
Meredakan sedu.
Baik jugak untuk lump dan jantung kita

Bentuk Physical buah ni macam mana?
First-first saya google pasal pisang kaki ni..(tengok-tengok macam buah tomato je...tak ada bentuk pisang pun )
 Buah ini berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya 

Warna?
Jingga Kemerahan dan Kekuningan
Inilah pisang Kaki 
Pokok pisang kaki di Jepun
Kat Pasar Malam pun ada jual la..So jangan tak tahu pulak kalaU tiba-tiba nampak  pisang ni kat pasar  tempat korang (^_^)
Jemput makan semua (^_^)
Credit to Source INI dan INI dan INI dan nak Credit jugak pada Ananymous yang mention pasal Pisang kaki kat comment blog Ms As hari tu.
Rasa Dah lama gila tak makan pisang.................................
Nota Kaki
* Semalam tiba-tiba balik boleh  lupa pulak nama roomate saya  yang chomel  macam Lisa Surihani  itu Ternyata .masalah lupa saya makin menjadi-jadi................problem....... 
* Presentation semalam paling worst sebenarnya.. Dengan technical Problems la,Handout pun lupa nak bg kat PM..........Hmmmmm Dont ever repeat it  again ok Ms As
(T_________________________T)
Ok Thank You sudi baca sampai  sini (^_^) 

4 comments:

Anonymous said...

thanks for the info...

Miss Red said...

Anonymous: most welcome (^_^)

Anonymous said...

Cool Ms As... Thanks 4 mention my name, even its not my real name... Actually i still got 1 pisangkaki in my fridge...Serbuk putih yg ada kat luar buah tu adalah kapur...(",)

Miss Red said...

Anonymous:Most welcome..i said i will cover on pisang kaki..so I will, InsyAllah..(^_^)..owh kapur..bagi buah tu tahan lama ek...so kena cuci bersih2 la..before ngap......(",)