01 November 2011

INI ENTRI UNTUK ABAH.........(APA YANG ANDA TAK PERNAH TAHU TENTANG SEORANG AYAH)


APA YANG ANDA TAK  PERNAH TAHU TENTANG SEORANG AYAH............
Dah lama tak buat entri untuk Abah

Bukan ida tak ingat Abah
Dan Semalam Ida baca info ni, kat FB. Makin menjadi-jadi ingatan ida  kat Abah
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?'
Sejak abah pergi mak tak selalu call ida waktu ida jauh menuntut ilmu.Mungkin sebab  abah tak ada kat sisi mak nak ingatkan mak.


Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
Ida tak ingat sangat waktu kecil ida dengan abah.Yang ida ingat memang abah manjakan  ida sebelum dapat adik.Selalu ida duduk dalam bakul moto abah.Sebelum beli moto.Abah  naik basikal hantar ida pergi sekolah tadika.Kesian abah.Bila hujan kita sama-sama redah hujan.


Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ida ingat lagi dulu waktu ida demam ida teringin nak makan coklat.Abah beli coklat yang  bulat-bulat kecik.Tapi ida nak coklat mahal sikit .Tapi ida tahu abah tak ada duit.Tapi abah beli jugak coklat.


Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Abah memang jaga anak-anak perempuan abah.Tak akan bagi keluar malam kalau bukan  ada tuesyen.Abah bising-bising kalau maghrib ida ada lagi kat luar rumah.


Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Abah  yang hantar ida pergi dan balik dari sekolah dari tadika sampai ida STPM.Abah yang amik penyata  periksa ida.Tapi Abah tak sempat tengok ida convo DIPLOMA + IJAZAH dan InsyAllah MASTER nanti...Dan yang ida sangat sedih abah tak dapat lihat satu persatu anak abah berjaya.........


Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia.. 
Ida nak carik suami dan abah pada anak-anak ida macam abah.Abah lembut didik anak- anak.Tak pernah tinggi suara.Sangat marah bila anak-anak abah lewatkan solat.Abah azan  sedap sangat.Abah sangat penyanyang tak pernah dendam pun walau macam-macam  orang buat and katakan abah.Sebab ida tahu hati abah baik sangat............

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis .Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya".. Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
Abah tak dapat tengok ayu , ida dan apit kawen.Abah dah tak ada untuk walikan kami. Abah ida nak jadi anak yang solehah yang dapat tolong abah kat Alam Barzakh sekarang. Doakan ida.
Al-Fatihah (4/1/1941-23/10/2007)
Gambar raya terakhir bersama abah (Berbaju hitam putih)

3 comments:

SyiraSara said...

sedihnya..sama ngan syira,syira pon da kehilangan insan tersayang..ayah syira pergi sebelum syira masuk belajaar lagi..ayah cuma sempat tengok result spm syira..dia sempat kata nak hantar syira masuk U tapi malangnya tak sempat..dia pergi dulu..kini dah hampir dua tahun ayah pergi..

Miss Red said...

SyiraSara :sedih tapi kiter kena kuat.Sentiasa doakan mereka yang telah tiada..ok

mKrs said...

be brave okay...insyaallah die bangga disisi Allah tgk satu persatu kejayaan yg awk capai tu...keep moving,,sabar dan istiqomah dlm menjadi hamba allah yg diredhai dunia akhirat.