06 October 2011

Memang Aku Bencikan ko dulu !!!


Benci Membawa Padah..


Kebencian memang pasti akan membawa kepada kemusnahan dan Ingatan yang berpanjangan.
Permusuhan yang di cari sudah pasti akan membawa pada kerosakan hati dan iman.
Perasaan buruk sangka sesama kita pasti akan meracuni fikiran.
Natijahnya hati kita menjadi semakin tidak terurus dan caca marba oleh sebab satu kebencian.
Bencinya perasaan ini apabila ada yang membenci
Mungkin hati dan emosi sangat rapuh dulu.
Lahirnya kebencian yangpasang surutnya menduga rasa.


Kadang juga Benci akan menyuburkan perasaan sayang dan kasih.
Benci mengajar hati ada yang lebih berkuasa dari nafsu yang mengagungi..
Sesungguhnya dia maha mengetahui
Hikmah hanya satu memberi pengajaran dalam mendidik dan menundukkan nafsu ego dalam diri..


Oit bermadah-madah pulak.Mode pagi ini tetiba "switch" sendiri.Arghhh..

Bencinya aku kat ko dulu?

Menyibuk je ko?

Sape suruh ko suka kat aka dulu?

Macam bagus je kau nak benci-benci orang kan ?

Apa-pun memang dalam hidup kita,memang susah sangat nak puaskan hati semua orang.Lagi pulak nak puaskan hati sendiri???..Di mana pun kita berada mesti akan ada orang tak  puas hati dengan kita kan.Kadanag-kadang rasa macam tak adil je.Tapi siapa kita mahu mempersoalkn keadilan Allah dalam mencorak perjalan hidup kita.

Bersyukur dan muhasabah diri mungkin jalan yang sihat untuk mentarbiahkan dan mencucikan peribadi.Cuci bersih-bersih, walaupun kesannya di hati memang la tak akan hilang sampai bila-bila.

Apa pulak?

Ini semua salah ko tau

Ko yang mula kan dulu

Asal pulak pulak aku nak terhegeh-hegeh nak mintak maaf kat ko?



Ha , ini memang masalah hati dan egois. Jawapan pada setiap kebencian hanya ada satu iaitu KEMAAFAN.Terimalah kekurangan dan kelebihan diri dan orang lain melalui satu pemberian KEMAAFAN....Maka ianaya lebih indah dari apa-apa pun perkara di dunia ini kan :-).



So Damaikan hati kita dengan kemaafan..Boleh tak..


Saya mintak maaf awak

Saya harap awak maafkan saya


Awak Maafkan Saya tak?? 


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Nota kaki:
1.Mission nak siapkan project en arshad ni cepat-cepat
2.Mencuri masa untuk update blog time keje best ek...:)

2 comments:

aLya maNip said...

lepas ni da xleh benci2 org da..hehehe

Miss Red said...

yup..:) betul2..