13 June 2011

♥Stanza Cinta♥

Tidak Ku impi…..

Tidak ku impi kau insan sempurna,
Kerna sedar kau jua sepertiku,
Mengheret gayutan masa-masa lalu,
Akibat kealpaan diri yang dulu,

Tidak ku harap engkau insan agung,
Diarak pujian maha melambung,
Ku akur kau jua sepertiku,
Cuba membaiki seribu satu kelemahan diri,
Natijah nafsu dan syaitan yang mengulit,

Tidakku perlukan serami bangsawan,
Menghambuskan aku dengan kemewahan,
Jauh sekali pangkat dan gelaran,
Yang cuma mulia dibibir manusia,
Tapi kosong di sisi ILAHI,
Mengangkat riya' dan takbur dipinggir hati,

Aduhai bakal suamiku.......
Ku impikan kau seadanya,
Meletakkan Allah dan Rasul sebagai matlamat,
Berusaha sepenuh kudrat,
Membahagiakan aku dan bakal zuriatmu berlandaskan syariat,
Moga redha rahmat ILAHI buatmu, aku dan bakal zuriat kita..
menjadi suratan hakikat…

Amien…

STANZA CINTA 2010@AMNI SORFINA



1.Saya tak sabar nak menyaksikan naskah ini
2.Perasaan cinta yang sangat hebat
3.maklumat lanjut boleh baca blog penulis ini nurullhalawati



No comments: