22 September 2010

Post untuk Noor Eznyza. Binti Khalid..

Post ini teristimewa buat Nor Eznyza Binti Khalid. Aku tahu dia masih sedih dan masih tercari-cari  sinari kekuatan untuk dirinya dan keluarga .Kerana tak mudah menjadi  eznyza.Banyak tanggungjawab yang terpaksa digalas kini.Apatah lagi sebagai anak sulong kepada 3 orang adik dan kini untuk menjadi anak yang lebih bertanggungjawab pada keluarga.Ez...jgn sedih ea..aku tahu kau kuat.. untuk tempuh semua ini.,Mungkin ini adalah dugaan  yang maha hebat dari Allah untuk kau. Siapa kita untuk meramal dan menolak apatah lagi melambatkan lambain kematian ini. Allah lebih sayangkan dia..
.
Assalamualaikum wbrakatu..
Akhirnya aku terpangil jua untuk menulis sesuatu.. yang terpendam di lubuk atiku.. terpanggil aku selepas mendapat e-mail sahabat dan anak terasa pengalaman aku jua ini mampu meggoncang dan menggodak jiwa
mereka.. bukan mengharap simpati..jauh sekali  meminta belas kasihan daripada sesiapa.. cukuplah sebagi pedoman buat semua..

Tanggal 23.October 2007.. tercatat peristiwa yang menduga rasa..terhenti denyutan jantungku dan rasa neuron kepaalaku.. hati menjadi seperti kosong.. dunia yang terang menjadi gelap gelita.. Kematian..sesuatu yang pasti.. aku tahu itu.. dan aku berpgang teguh pada Qada QadarMu Tuhan.. Cabaran hidupku terlalu getir.. Pemergian abah tercinta.. ABDULLAH HAJI KHALIL..
----------------------------------
Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya
------------------------------------
Tatakala ini lagu hujan terus bermain enak di mindaku..Siapa yang sangka bila tiba ajal kita!!! UNTUK PERGI SELAMANYA.....

Sememangnaya sudah ku jangka sesuatu yang kan menduga  tahap keimanan ku kepadaNya.. Pemergian abah.. Aku sering terbayang bgaimana keadaan kami, dan terutamanya emak bila abah sudah tiada.. Mak dan Abah jiwa yang ditakdirkan bersama,, tapi pasti akan terpisah jua  disebabkan oleh sesuatu hakikat n hukum alam.. iaitu kematian.. Sesiapa sahaja akan kehilangan!!!! Merasa kehilangan.. Jika ku dapat rakamkan bagaimana saat2 n ketika detik  pemerguan abah.. maka hatiku terus dimamah rasa terkilan dan sendu  yang teramat sangat-sangat Abah di ambil pergi sedikit-demi sedikit.. ketika abah sedang keletihan yang teramat sangat ketika mangambil sawit... Abah jatuh pengsan di sempadan kebun depan rumahku. tiada siapa yang berda di sampingmu abah.. Dan kenyataan demi kenyatan yang aku dengar selepas itu cukup memilukan hati kami semua..

Tida siapa yang medengar pekikan dan pertolongan abah.. abah pengsan hampir 1 jam di sana.. abah pergi begitu sahaja.. dalam keadaan yang cukup tragis.. bagi kami.. hati ini di paut rasa bersalah.. Selepas abah pengsan satu pertolongan akhirnya tiba.. adikku yang mendengar khabar berita.. terus belari melangkah laju..
betapa hibanya kerana melihat keadaan abah ketika itu.. sepantas kilat adikku terus mendukung  abah menaiki kereta sorong. merentas semak dan jambatan.... namun apa yang diberitahu olah mak abah masih sedar dengan pinjaman nafas oleh Allah mak sedaya upaya merayu abah supaya terus bertahan bertahan lah abag jangan tinggalkan kami.. abah... namun DIA lebih dan terlalu menyayangi abah

Ya Allah tabahkan hati kami.. AlhamdulilALLAH pada ketika itu.. kelibat moto aisyah..jiranku tiba.. melihat adikku menyorong abah Cikgu Aisyah..telah menalefon ambulan Selepas hmpir satu setengah jam berlalu..
ambulan pun tiba membawa sekujur tubuh.. abah pergi... Abah....

Mak ku yang pada ketika itu jua sempat  menyalinkan pakaian abah.. dan mengajar abah mengucap.. Oh Tuhan...Masih terngiang-ngiang  lagi di kepalaku... panggilan terlefon daripada kakakku pada pukul 4.30 petang.. 10 minit selepas azan.. aku yang sedang dalam mood peperiksaan.. Dunia kurasakan sangat gelap.
Melihat pokok-pokok kelapa sawit .. hatiku kenjadi sangat huba..dan derita.. Meseg demi ucapan kuterima
daripada sahabat tersyang.. Terimal kasih semua.. yang mmberikan sokongan kepda kami..

Sepanjang perjalanan  pulang.. bersama Hisham dan kekawan..,aku terus-terusan menangis.. Bukan ingin menolak takdirmu Tuhan.. tapi sekadar menangisi yang telah tiada.. Saat-Saat   nyawa abah ditarik sedikit demi sedikit oleh malaikat izrael di kebun menjadikan aku. sangat-sangat terrkilan dan amat sedih..terasa hakikat ini terlalu kejam.. Namun siapalah aku untuk melawan takdir dan Qada n Qadar ALLAH... Aku terus memujuk ati yang terusan2 melawan...

Aku tiba di perkarangan rumah pada jam 9.30 MALAM.. Melihat ramai sungguh kelibat orang.. dipersekitaran rumahku.. menjadikan aku brdebar-debar.. Aku terus mendapatkan emak..Emak...Tepat pukul 12 tengah malam barulah mayat abah tiba.. betapa pilunya hati kami.. apabila megetahui bahawa abah telah.. menjalani "operation" di kepala.. dan  bedah siasat dilakukan juga di sana..kepala abah berdarah merah..

Lagi pilu hati kami.. abah yang tidak pernah mangadu sakit.. dan menghidap apa-apa pnyakit.. pergi dalam keadaan sedemikian.. Abah.....Aku yang baru selesai menunaikan solat isyak.. terus mendapatkan abah..dan membaca  yasin.. Sepanjang malam kami terus mbaca yasin dan yasin .. untuk arwah abah.. sehingga pagi dan sehingga abah di bawa pergi.. Aku memeluk abah.. mencium kaki abah.. Tak habis-habis memohon ampun pada abah.. Ida amat menyanyangi abah.. ida banyak buat dosa kan abah.. hati-hati  ini bayak berdosa pada mu.. Ampunkan kami semua abah..!!!

Semua terus terusan menangisi pemergian abah.. kami menjadi anak yatim.. mak pula menjadi balu.. itulah hakikat.. Kini Tiada lagi laungan azan merdu abah..

Semasa sembhyang jenazah lebih  80 orang yg meyembahyangkan dan mengiringi abah.. hati kami merasa sangat lega. Mohon abah diampunkn dosa dan terlepas daripada seksaan kubur dan azab api neraka..Amin Yarabbalalamin..Petang pengebumian abah.. dalam pukol 3.00 pm.. aku bersama rakan-rakan.. pulang ke kampus.. betapa sedihnya hati apabalia.. tidak dapat bersama.. dengan mak dan  semua..semasa malam kenduri pertama arwah abah..

Namun demi perjuangan yang belum selesai aku tekadkan hati.. hanya tinggal satu hari saje..sebelum "exam" yang ke dua bermula..aku terusan-terusan   melawan gelodak tsunami kesedihan..doa..dan yasin tak habis-habis ku kirimkan..Air mata kesedihan tidak pernah-pernah berhenti..aku terus menangis kesedihan..
dan adakalanya cuba  berlagak seperti biasa.."study" tetap ku utamakan..Aku berjanji  pada diri untuk mendapat Anugrah Dekandan  berikan hadiah kegembiraan ini buat emak..hanya emak saja kekuatan aku..
semuanyer untuk mu..emak..AlhamdulilAllah aku berjaya mencapainya..Mak...

Aku harus kuat dan tabah..seperti batu..walau kuat dilambung ombak..tapi aku masih tetap di situ..aku ingin menjadi sekuat batu di pantai..biar di hempas lautan gelombang tsunami..aku akan terus bertahan...Untuk itu..demi perjuangan yang belum seesai..aku harus terus-terusan berusaha..mengejar impian diri dan keluarga..

oh Tuhan aku sedar..
setiap ujian mu mahu mendidik hati..
meguji keimanan kami semua..

kerana setiap apa sahaja yang ada..
adalah milik hakiki mutlakmu..

kini abah sudah tiada...
Ya Allah satukan hati-hati  kami..
sekeluarga..
moga kami sentiasa berada dalam..
peliharaanMu..
Dan matinya kami nanti...
dalam keadaan penuh keimanan..KEIMANAN..
amin..yarabbalalamin..

Kami Redha akan pemergianmu..Abah.
Kami redha..
Hanya doa anak yang soleh mampu membantumu..
abah disana..

Doaku..agar..
'Setiap zarah dosa-dosamu diampunkan..Abah..
'Semoga dirimu diharamkan dari azab neraka jahanam dan kubur yang maha dasyat ..Abah.
'Semoga kuburmu sentiasa disaniri cahaya..Abah..
'diharamkan daripada gigitan binatang buas..dan maha menyakitkan..
Abah....
Bersabarlah...
Mak pula  terus tabahlah ea,,:)
Pena pemikiranku untuk menaip menjadi lesu dan tandus..tiada kata lagi ndan rasa mahu kuungkapkan..
semuanyer terlalu pantas berlalu...........pernah kau bermimpi seketika berada ditempatku....NoR aSMIDA..
Hari nie ak raser rindu sangat pada abah.Ya Allah bagaimana keadaan abah di sana??kau terangilah kuburnya..amin..Jauhkanlah dirinya dari azab api neraka jahanam..DAN seksaan kubur..!!amin

aku tetap aku,,
-as87_uitm@yahoo.com.my.
sekadar ingin berkongsi
mana yang termmapu..
 ...............................................................................................................................................................
p/s:sorryla..post kali ini gak panjang..haha.Dah la lama tak"update" and then "come out" with post yang panjang nie.Tapi "Coretan"  ini dah lama aku tulis.Dah lama terperap dalam laptop.Sudah hampir tiga tahun rasanya.Adakalanya aku sendiri tidak mampu untuk membaca coretan ini.Kini aku bersedia untuk berkongsi rasa dan emosi pada semua.Lebih-lebih lagi mungkin coretan ini mungkinboleh menjadi salah satu sumber  kekuatan untuk kita semua yang sedang merasa kehilangan.Semoga ianya dapatmembantu...Mungkin dan aku sangat-sangat yakin setiap orang punya cerita yang berbeza tapi percayalah rasa kehilangan antara kita nanti adalah sama.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca coretan yang tidak seberapa ini.!!!:)

3 comments:

eznyzakhalid@blogspot.com said...

thankz as... ko d antara smber kekuatan aku skng...love K.A.M.E so much!!

rEDS gO tEGETHER said...

ko mesti menagis lg bacer post aku nie!!!!!..hmmm sorry aku x nk wat ko mngis sebenarnyr.....

Anonymous said...

Salam As,saya Atiff izinkan saya copy ayat-ayat kt atas utk Arwah ayahku yg kembali menghadap Illah pd 31 Julai lps...ye,moga mereka semua ditempatkan dgn org-org yg Solleh..Amiiin!!!