29 August 2010

Mood lagu raya...


Beberapa hari ni,rasa nak dengar lagu raya.. Tak sampai pun lima hari puasa hati nie dah tak sabar-sabar nak dengar lagu- lagu raya Kesian eznyza..terpaksa dengar sekali.Ada satu pagi tu,Bangun-bangun pagi je aku  dah "play"lagu raya....haha..

AKu masih ingat lagi dulu waktu arwah abah meninggal dunia..rasanya lagu raya la yang paling aku benci sekali..Rasa sayu sangat bila dengar.. Bila dengar jer..mesti aku menangis.....dan terus menangis.. Mungkin juga pada waktu itu aku tak boleh bayangkan raya kami sepanjang hidup yang akan datang ini,tanpa abah di sisi.

Sekarang ini dah terbalik pulak Banyak-banyak lagu raya aku paling sula sangat nak dengar lagu  sedih-sedih(air mata syawal lah ,pulanglahlah ,cahaya aidilfitri lah, kupohon restu ayah bonda lah dan  macam-macam lagi la......Best gile lagu-lagu macam tu. Dengar banyak-banyak kali pun tak apa.

p/s:Tahun ini..pastinya hari raya kami berbeza dengan sebelumya. Tiga tahun berturut-turut beraya ..tanpa abah,banyak sebenarnya yang kami belajar.Dan kali ini sekali lagi kami akan menyambut adilfitri tanpa iki di sisi....Dua insan yang sangat aku rindui dan kasihi,tapi yang aku pasti Allah lebih menyanyanginya....Dan kami redha.Selagi masih ada ini aku harap aku dapt berbakti pada mereka yang sentiasa berada di sisi ini. Kepada mereka yang mengenali diri ini .Mohon maaf dunia dan akhirat ea.Salam lebaran semua...:)

2 comments:

tronx013 said...

salam


hmmm.. sedih la pula baca entri kamu ni..
hmm teruskan perjuangan,semoga bertemu di syurga abadi dengan insan tersayang.

rEDS gO tEGETHER said...

ea ker...biasa2 sahaja.Tp entri kamu semua best2 belaka..samapi x tahu nk bg commnet aper..;)..Btw Salam aidilfiri maaf zahir batin..:)