09 August 2010

Mak Ida Sayang iki.


Al-Fatihah buat insan yang amat aku sayangi.. Mohd Syukri Bin Azham cahaya mata kepada Azham Bin Hassan dan Noryanti Binti Abdullah. amin...Semoga Allah merahmati rohnya dan diletakkan ' di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat syafaat di akhirat  nanti..

Tarikh 5/8/2010(Khamis,8.23pm)..merupakan tarikh yang tidak kan aku lupakan.Rasa kehilangan yang amat sangat.Apatah lagi apabila memikirkan hati seorang ibu yang hanya  mempunyai seorang cahaya mata sahaja pergi kepada penciptaNya tanpa meninggalkan apa-apa kata dantanda.Lagi hati aku luluh memikirkan hati-hati itu....

Berita yang aku terima tempoh hari begitu memeranjatkan. Seperti kata mak"Nak jatuh jantung mak dapat tahu da". Aku menangis semahu-mahunya dalam kelas dan perjalanan pulang ke seremban dan selepas itu ke Johor Baharu. Lagi terkilan aku baru beberapa hari sahaja menerima mesej dari iki....dan aku langsung tidak memperduilkan mesej tersebut..hmmm...

Iki di jemput pergi mengadap ilahi pada petang maghrib selepas pulang dari sekolah. Dia jatuh pengsan semasa perjalanan pulang ke rumah. Cermin matanya pecah dan hidungnya berdarah merah.

Sehingga post ini ditulis aku masih terbayang-bayang keadaan arwah dan kakak aku  yang begitu menderita. Hanya doa mengiringi agar diri kak ti  dan abang am  tetap terus tabah...dan cekal mengharungi keadaan yang
amat genting ini..Sesungguhnya benarlah dan aku sangat  percaya bahawa Sesungguhnya Allah tidak akan menurunkan  satu ujian dan dugaan itu melebihi apa yang dapat ditanggung oleh hambanya..(So kak ti jangan sedih-sedih lagi yah.Ida pasti ALLAH ada perancangan yang lebih baik untuk kak yanti dan abng am nanti.

p/s:Sekarang mak ida dah mula merindui iki..rindu celoteh iki, rindu iki peluk,pukul dan cium mak ida.Mak ida ingat lagi, waktu atuk meninggal..ikilah yang peluk mak ida dan sapu air mata mak ida.Iki kata  jangan menangis....Bila iki nampak mak ida sakit iki lah yang sibuk nak merawat mak ida..iki ambil "towel" dan letak atas kepala mak ida... Bila mak ida tengok jenazah iki sehingga iki dikebumikan depan mata mak ida,..mak ida tak mampu nak buat apa-apa pun....Kak Yanti dan Abang Am dan semua ...jangan bersedih ea, tentu iki lagi sedih bila nampak kita sedih meratapi pemergiannya..iki sudah tenang di sana.Meninggal dengan senang..."Thank You" eznyza dan nafisah yang hantar aku balik ke seremban,dan kepada kawan-kawan yang bagi  mesej takziah hari itu.Sayang korang :-) Sesungguhnya perjalanan di dunia ini hanyalah untuk suka-suka dan perhiasan. Akhirat di sana yang kekal..Di sanalah lebih utama..

6 comments:

KruXco iTu MoHd aRiF said...

Sabar ek as...sume nie ketentuan dari Ilahi..moga2 rohnya diletakkan dalam kalangan orang yang beriman..aminnn...

rEDS gO tEGETHER said...

yup...tq ariff..segalanya memng telah di takdirkan.Kami redha sebenarnya....Kita yang hidup ini harus mempergunakan n mnhargai masa dan peluang yang ada..Al-Fatihah.

aidil said...

takziah wat AS..... setiap apa yg berlaku sebenarnya telah d tentukan.. tetapi jika kita redha dgn ketentuan itu pasti TUHAN akan membalasnyer dengan yg lebih baik.... apa yg pentg kiter sme3 berdoa utk arwah iki k......

rEDS gO tEGETHER said...

yah..hati rasa sayu sampai skg..asyik teringat arwah aje..

armouris said...

info tentang hidung berdarah di SIHAT SELALU - Hidung Berdarah

rEDS gO tEGETHER said...

owh tq..arwah juga ader sakit jantung..berlubang...