18 June 2010

C+I+N+T+@s....(lovE)

Cinta itu satu ikatan yang suci yang harus disempadani dengan gengaman iman dan takwa dalam diri.Aku fikir cinta dalam hatiku amat sukar untuk ku temui.Bukan bermakna aku anti cinta or apa.Tapi dah memang itu jalan yang ku pilih.Untuk terus berada di zon selesa.Cukuplah dua kali rasa rasa dan pengalaman cinta yang aku perolehi.Aku percaya cinta yang sejati dan terbit dari satu ikatan yang diredhai pasti akan kumiliki jua nanti.
Perkahwinan Tanpa Cinta
Zaman sekarang ada ke lagi perkahwinana tanpa cinta ataupun cinta selepas perkahwinan...Aku masih percaya akan kebenaran untuk lebih bahagia apabila bercinta selepas ada ikatan yang suci.Seboleh-bolehnya aku ingin mengelak untuk bercinta dan beramain dengan api cinta ini..yang akan malap pada bila-bila masa.

Aku menolak rasa cinta bukan kerana aku ego dan hipokrit pada diri sendiri.Atau aku tidak punya perasaan dan rasa ingin bercinta dan dicintai.Tapi sejujurnya aku takut melakukan dosa bercinta dengan orang yang salah.Bercinta bukan dengan jodoh pilihan Allah. Mungkin aku kolot dalam menilai dunia percintaan Namun mana mungkin pasangan bercinta tidak berpegang-pegang tangan Mana mungkin pasangan bercinta tidak menaiki moto bersama-sama,menonton wayang bersama-sama, meraikan hari valentine ,bersalaman-salaman,rindu -merindui sehingga hilang rasa khusyuk dalam semua perkara...

Aku takot...sebab itu aku mengelak untuk bercinta.. Aku mengelak untuk hidup dalam cinta yang belum pasti.. Tapi ada juga yang manusia yang tidak boleh hidup tanpa cinta .Cinta adalah makanan jiwa...dan sebab untuk berjaya katanya. Namun apa pun alasannya,setiap orang berhak untuk hidup bahagia . Kerana jalan menuju kebahagiaan antara kita tidak sama bukan.!!!!!..
Anda bagaimana???..

p/s;Fahamilah...aku...:)(post ini dah lama aku tulis tapi baru sekarang aku punya rasa untuk berkongsi...:)

No comments: