22 June 2010

Aku dan Kucing...;-)

Tadi baru sahaja aku bagi makan semua kucing-kucing aku.. Dah lama rasanya tak peluk kucing dan tidur sama-sama dengan kucing...Rindu sangat nak buat macam tu.Dulu-dulu time sekolah kucinglah teman setia aku..Di mana ada kucing pasti ada aku juga.

Ingat lagi "Time" banyak sangat kucing mula lah mak runsing dan asyik naik berang...hahaha.Mak memang macam tu lagaknya macam tak suka langsung kucing,tapi apabila aku melihatnya mimik mukanya yang risau apabila kucing-kucing lapar dan sakit.Mak jugalah yang selalu bising..Biasala aku fikir mak-mak memang macam
tu.Tapi bila fikir-fikir balik banyak kebaikannya emak tegas dalam soal membela binatang ini..

Arwah abah pula membela lembu.Lembu-lembu arwah memang sangat menja dengan arwah.Semuanya berwarana putih bersih.:-).Masih aku ingat lagi bagaimana sukarnya abah menjaga kesemua lembu-lembunya.Sampai habis bermasam muka dengan orang -orang kampung dek kerana lembunya tidak di tambat dan merayau sesuka hati. Tapi arwah abah "cool" sahaja..:-).Lembu-lembu ini juga telah banyak menolong kami sekeluarga dalam urusan keawangan.Ingat lagi waktu emak dan arwah abah mahu buat rumah,lembulah yang menjadi mangsa dagangan,bagi menampung perbelanjaan kami membuat rumah.

Berbalik soal kucing-kucing aku.Banyak-banyak kucing...pastinya kucing yang aku tidak boleh lupa ialah.."si putih".Putih yang sangat manja dan comel sekali.Daripada badannya yang kotor dan berbau,lemah dan sakit.Aku berjaya transformasikan putih menjadi kucing yang bijak dan comel.:-) Sewaktu aku berjaya menyambung pengajian di UiTM Segamat pula,putih lah yang paling aku risaukan dan rindu sekali.Bila "call" kat rumah sahaja putih la yang awal-awal aku tanyakan kat emak. Namun aku rasa Allah lebih menyanyagi putih sepertimana Allah lebih menyanyagi Arwah abah juga. Putih di ambil pergi selepas 2 minggu pemergian arwah abah ke rahmatuALLAH.Sedih yang teramat sangat "time" tu.Rasa tak sanggup melihat putih kesakitan dan lemah.Kata mak putih sakit sebab termakan rumput yang telah di racun di rumah aku..

Sehingga sekarang aku tak berani lagi mehu bermanja-manja dan setia menyanyagi kucing.Sekadar menunaikan tangungjawab si tuan kepada haiwan peliharaannya.Begitulah yang aku cuba lakukan kini...Tapi itulah aku, aku tetap akan sedih dan risau apabila melihat kucing-kucing aku sakit dan lemah,dan aku tetap akan sedaya upaya merawati mereka.Seperi sekarang seekor daripada empat anak kucing aku sakit.Matanya terjojol keluar.Ngeri rasanya aku menatapnya. Doaku agar kesemua kucing-kucing aku sihat dan ceria selalu...seperti mana aku yang ingin hidup penuh ceria..:-)

p/s:Sekarang semester baru hampir bermula..dan pasti aku akan merindui kesemua"PUSSY-PUSSY" aku...miaw-miaw....:)

5 comments:

rEDS gO tEGETHER said...

sekrang keadaan pussy 2 makin teruk..mata betul2 da keluar...hmmm..

tronx013 said...

salam...

ya, aku pun dah tak rapat ngan kucing macam dulu...bila kucing kesayangan mati dilanggar sebab ikut ke surau(tak perasan kucing ni ikut sebab kucing ni follow senyap-senyap masa subuh hati.dah la hitam)...hmm masa tu, form 5, satu hari xda mood nak study...hmmmmsedihnya... macam kehilangan member rpat... :)

rEDS gO tEGETHER said...

yup...macam itulah perasaan aku.Rasa macam kehilangan seseorang yang amat penting dalam hidup....:).

budak kampung said...

jage kucing leklok...org tua2 ckp kalo kite jage kucing tu...murah rezki kiter :-)

rEDS gO tEGETHER said...

hmm..mudah-mudahan.Nak tau x..aku selalu fikir mungkinkah kita akan jumper kesemua kucing2 aku yang telah pergi nie di akhirat nanti....n x pun dapat mimpi pun jadilah...huhu