28 May 2010

Apa Rasa yang paling kejam..!!!

Benarlah kata-kata pepatah..Lidah adalah senjata yang paling ampuh sekali.Mematikan hati-hati dan potensi kemanusiaan.Betapa kata-kata yang tajam berbaur fitnah adalahrasa yang paling sakit sekali untuk diakui oleh diri dan sang hati
Betapa kita sebagai hamba Allah yang lemah dituntut untuk mejaga setiap tatasusila kata-kata kita dari saat ke saat, minit ke minit dan seterusnya.Kata-kata kita mencerminkan keperibadian dan akhlak diri.Menterjemahkan tingginya ilmu dan iman di dada.Mungkin juga ada waktu dan ketikanya kita alpa dan tewas dalam emosi sendiri.Mana mungkin mahu memikirkan walau sejenak cuma emosi hati-hati yang lain.

Hari ini aku dihamburkan oleh kata-kata yang seumur hidup tidak mungkin akan ku lupa.Masih mencari penawar meluputkan akar kata-kata yang membunuh rasa emosiku kini.Mungkin hati ini tidak boleh ego menyalahkan hati yang lain.Mencari ruang untuk mengendahkan akar kata-kata lantaran sifat manusia memang begitu.Kadang hati ingkar dengan dan langsung tidak mahu memahami kehendak hati yang lain.Kadang juga hati tidak mahu lansung memahami dan mendekati situasi orang lain.

Sesunggunhnya kita harus belajar dari kesilapan diri dan orang lain.Jikalau kita tidak ingin disakiti,maka seharusnya kita belajar untuk tidak menyakiti.Jikalau kita tidak mahu di dustai,seharusnya kita belajar untuk berkata-benar.Dan jikalau kita mahu disayangi, seharusnya kita harus belajar untuk menyayangi..dan banyak lagi......

Hari ini aku menulis untuk diri agar terus belajar memperbaiki diri..

p/s:Ko nie ......"B_ _ _a............Biarkanlah mereka kerana yang penting Allah tahu apa yang aku kerjakan.Kerana setiap amalan kita hanya dinilai oleh Allah dan mereka yang benar-benar mahu memahami kita.:).Sedih....namun aku ini wanita biasa..yang ingin sekali jadi luar biasa.@merahterusmekarmara...


2 comments:

Brutalistics said...

what happenned?

rEDS gO tEGETHER said...

hmmm..ada masalah family sikit...geram giler time nie.......tp skg da ok.Betul la kata oarng time will help your to forget everything happen in ur life..time will pass by..n you will be ok...as usual..rite..:)