12 February 2010

Yes...... Balik Kampung.......................


Pabila saat-saat untuk pulang ke kampung kian hampir..Perasaan mulalah berkocak dan bercampur-baur.Waktu dan ketika ini rasa macam tak nak balik.Dek risau "assignment" dan "research"yang menimbun ni.Alasannya tarikh "submit assngment"lama lagi".Time" ni lah rasa macam tak nak balik Nak menghabiskan timbunan assignment ini.Rasanya nak buat sekarang juga.Namun kekangan "sources"dan "limited internet connection"menjadikan perasaan risau
berlalu macam itu sahaja.

Tapi aku rasa pulang ke kampung jua menjadi satu kewajipan buat semua orang yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi ini.Tak kiralahjuga semua golongan manusia di muka bumi ini.Rasanya pulang ke kampung menjadi "As-Syifak" kepada kita semua.Penawar diri.Mencari balik semangat dan jiwa yang di bawa dan di bina sebelum ini atas satu matlamat ingin menjadi insan yang lebih berjaya dan membanggakan.

Walau apa pun jua persaaan aku kini ,perasaan mak harus aku jaga.Mak mesti tertanya kenapa aku dah sebulan tak balik kampung.Hmm... Seboleh mugkin dua hari sekali mesti aku "make sure" "call" mak.Takot mak bosan kat rumah...dengan iringan doa agar mak terpelihara daripada segala perkara buruk dan bahaya.

p/s:Semoga pulangnya aku nanti membawa semangat dan harapan yang lebih baru untuk menebus apa yang tak ditebus....Menjadi HambaNya yang lebih berhikmah..dan untuk lebih dan lebih menginsafi kekhilafan lalu diri ini lebih-lebih lagi PadaNYA.,.Amin Merahkanterusmekarmara................................