07 February 2010

Egokah Aku...............

Kenapa manusia suka melarikan diri daripada masalah.Tiada siapa pun kan yang suka punya masalah.Tidak mahu bertembung langsung dengan masalah problem ni:).Kalau boleh bersilisih pun jangan kan..

Sudah tentu aku pun tergolong dalam golongan.mereka-meraka yang tidak gemar punya masalah.Kadang-Kadang kita sendiri pun tak memahami akan tindakan dan prilaku diri dalam menghadapi masalah

Mungkin kita-kita yang suka "main-main" dan melarikan diri dalam masalah ini boleh juga dianggap pengecut!!!. Namun.setengah orang yang ego tidak mahu langsung mengakui"statement" ini.Tapi pada aku , tak mengapalah .Hanya diri kita sajer yang memahami keadaan dan situasi itu.Setiap perkara yang kita lakukan punya sebab dan alasan yang tersendiri.Tidak usahlah menyalahkan sesiapa.Apa yang penting belajar daripada kesilapan...Dan Terus belajar dari kesilapan...

Sebagai manusia yang punya prinsip dan ego tersendiri.Dan kadang-kadang beberapa emosi yangg sihat ataupun tidak yang telah bercampur baur dalam diri ini menjadikan kita seolah-olah tidak mahu langsung belajar daripada kesilapan apatah lagi MEMPERBETULKNNYA dan MENGHADAPINYA.Walaupun hanya dengan satu niat iaitu untuk membersihkan semula hati-hati ini."IF" ada dua hati yang terluka...tiga mahupun empat atau berpuluh-puluh hati yang terluka disebabkan kita, maka sampai bilakan kita mahu saja menjadi pemerhati pada setiap permasalahan yang pernah dilakukan oleh diri sendiri.....................................................................???


P/S:Aku sedang belajar daripada kesilapan dan mencari dua jalan penyelesaian pada setiap jawapan. Sama ada mahu Menghadapi masalah tersebut ataupun Tidak mengulanginya lagi.Itu sahaja pilihan yang ingin aku buat.....hmm tp Egokah aku..?.Only Allah Knows....:). merahterusmekarmaraaaaaaaaaaaa....

1 comment:

Hencik feraRi said...

problem problem problem...stiap hari ade je masalah, smpai aku nk berenti keje sbb nk lari dpd masalah..tp smpai ble...? So, face it, solve it... Be strong whenever u ar...tibai je ni...heheheh.