02 February 2010

Baik dalam erti kata aku

Aku belum lagi cukup baik selagi belum???

Meletakkan Perintah dan Suruhan ALLAH di tempat yang paling teratas
Memakai tudung labuh dan berstokin penuh..
Kiraan baju labuhku pula tidak sampai pun sepuluh pasang

Sering punya prasangka buruk pada orang lain
Hati dan fikiranku berbicara kosong dan lalai
Kata-Kataku pula asyik menyakitkan
ZikruAllahku tidak langsung melebihi bilangan patah bicaraku

Selagi belum membalas jasa "mak" dan Keluarga
Selagi belum melunaskan hutang di pinggang
Selagi belum dapat mentafsir setiap hikmah dan ketetapan dengan hati yang redha
Selagi belum menjadikan KalaMuALLAH dan solat sebagai sahabat duniawi




Definasi "Baik" itu terlalu luas kan.Sebab itu aku tidak sesekali percaya apabila orang mengatakan."As ko ni baik sangat lah"...Seolah-olah aku tak layak untuk itu,kerna padaku definasi baik itu terlalu subjektif.Ada orang baik dari segi akhlaknya tapi sahsianya biasa-biasa sahaja.Ada orang pula sebaliknya.Tapi terkadang aku fikir."Tak apalah,setiap orang ada pandangan peribadi dan berbeza terhadap diri kita.Kalau 1000 orang yang mengakatan diri kita ini baik...bukankah ia merupakan satu doa.Lagi-lagi apabila bait-bait kata itu terbit daripada kata seorang ibu.:).Tapi dari satu sudut yang lain aku percaya, pabila kita berada dalam kalangan orang yang terbaik maka "automatically" kita akan ke arah itu bukan..So aku amat bersyukyur kerna aku sentiasa berada dalam kalangan orang yang baik-baik..

Tapi sebagai manusia dan hamba Allah yang serba khilaf kita seharusnya tidak mendustai nikmat yang diberi. Seboleh-bolenya kita haruslah sentiasa mengingatkan diri kita agar sentiasa memperbaiki dan mempersiapkan diri dengan ilmu duniawi dan ukhrawi.Kerana segalanya akan di hitung dan di nilai..di alam yang lebih hakiki dan abadi.

Mak pulak selalu sajer cakap.."ialah tak sakit memang la baik" dan aku akan tergelak sorang-sorang waktu itu. Mungkin pada mak ,siapalah kita untuk menilai sama ada si pulan atau si pula itu baik atau tidak.

P/s.....Apa pun,yang baik kita jadikan sempadan .Yang jahat pula kita jadikan tauladan.. kerana Aku adalah aku.Tidak mungkin menjadi engkau.:)