11 January 2010

Semester yang Panjang...Tabahlah..



Beberapa hari yang berlalu ini rasa teruk sangat..Dengan sistem pendaftaran yang "not systematic" dan "under maitainance" menyebabkan banyak jadual kelas yang bertindih.Lagi-lagi bila dapat jadual yang tidak sesuai.Hmm...Hari khamis lah rasa macam nak tercekik pun ada. Hampir-hampir hendak jatuh sakit.Ini semua gara-gara dapat jadual yang sangat "pack".Daripada pukul 8.00 pagi sampailah ke 8.00 malam.Kufikir juga sebab dapat pensyarah yang agak "straight" buat kami semua kecut perut.Ntahlah tak tahulah bagaimanala pula kesudahan semester ini yang ku anggap penuh ujian mental dan fizikal.

Lagi pula kami semua sudah "final year:Sudah tentu semua pensyarah mengharapkan dan meletakkan "expectation" yang tinggi melangit kepada kami untuk melahirkan gradua IS yang bermutu tinggi dan berdaya saing.Wah aspirasi ini harus kami galas dengan penuh semangat juang yang tinggi.Harapanku agar semester yang bermula dengan penuh teka-dan teki,duri dan batu berakhir dengan warna dan warni dan sesuatu yang boleh dibanggakan sehingga ke penghujungnya.

Tiada siapa pun di antara kita yang mahu gagal.yang mahu di marah dan di malukan. Semoga Allah sentiasa memberkati diri ini dalam perjuangan dan ibadah menuntut ilmu ini.Semoga matinya kami nanti dapat menerima manfaat dek kerana ilmu yang di tuntut dapat menjadi pedoman dan pertolongan kepada orang lain.Amin...

P/S..:Good luck korang for this semester.We can do it..:).yah..especially
to kawan-kawang yang ku sayangi di 3b08(kak ju.kak waheeda,muni,jijah,east,ez n e'ein....huhu

No comments: