06 January 2010

Ahlan Wasahlan......2010


Selamat Tahun Baru Semua:)



Berbunga-bunga rasa hati ini mahukan jari terus kembali menari di papan "keybord".Sudah sekian lama aku tidak berjaya untuk mengemaskini blog kesayanganku ini."Merah Terus Mekar Mara".Ini semua gara-gara sifat malas menguasai seluruh mindaku.Padahaljika mahu di kira pelbagai rasa,pengalaman dan situasi ingin ku kongsidan rakamakan buat tatapan blogger-blogger semua sepanjang cuti semesterku ini..

Sudah hampir dua bulan aku menikmati cuti semester.Dua bulan yang ku anggap berlalu pergi dengan begitu pantas sekali.Keputusan peperiksaanku yang jatuh merudum menjadikan emosiku sedikit terganggu sepanjang cuti semester ini.Di mana silapnya ya??Aku masih lagi tertanya-tanya pada diri ini....

Sepanjang 2009 ini banyak perkara yang berlaku dan semuanya telah pun berlalu, antara kenangan yang aku tidak boleh padamkan pastinya,memorikujatuh parit bersama bonda tercinta.Dengan saiz badanku yang agak comel siapa sangka akumampu membawa mak dan seorang anak buah ku yang tidak kurang jua berat badanya menaiki motor.Tenyata diri ini aku tidak lah sekuat yang aku fikirkan.Mak hampir terjatuh di paritdan aku pula telah jatuh terjunam di dalam parit.Lauk-pauk bungkusan dan kasut kesayangankutelah hanyut di bawa air parit.

Nasib baik moto tidak terjatuh ke dalam parit.Jika itu yang berlaku mungkin kami bertiga telah berada di wad untuk pemeriksaaan lanjut.Anak buahku hanya tersangkut di motordan meraung sekuat hati.Kufikir itu jua adalah kenangan terburuk dia sepanjang hidupnya.Gara-gara "Mak Ida".huhuhuhu.AlhamdulilALLAH Allah masih menyanyangi tiga hati ini.Tiada kecederaan yang di alami.Sehinggakini aku masih trauma dan trauma...dan menjadikan aku insan yang lebih berhati-hati.

Memori indah lain pastinya bersama rakan seperjuangan di 2D011...Munirah,kak jue,E'in,kak waheeda,Nafisah,Eznyzadan Jijah.Memori kami menyambut birthday kak jue,Shopping raya di jalan TAR,Jalan di Sunway,Teman kak jue blind datedan banyak lagi antara memori yan tidak mungkin aku lupakan,..huhu.Thankz to Eznyza dan "Puan Tiara"..:) yang selalu sahaja bawak kami jalan-jalan.

Yang terbaru kenanganku semasa rumah kami di sembur oleh jabatan kesihatan,gara-gara "suspect " denggi.Awal-awal lagi makku menafikan rumahku mempunyai jentik-jentik.Namun takdirNya tiada siapa yang dapat menolak.Hampir setiap penjuru rumah di litupi dengan minyak dan serangga yang mati.Ia mungkin kini ada hikmahnya.Supaya kami sentiasa lebih berjaga-jaga dengan musuh-musuh penyakit seperti nyamuk aedes ini.

Banyak lagi peristiwa cantik,menarik,tertarik engkau memang "The Bom"sepanjang tahun ini.Tidak kurang jugayang pahit dan duka.Namun biarlah ku titip dan simpan sebagai kenangan,pengajaran dan peringatan buat diriku.Kerana ku yakin setiap apa yang berlaku dan Qada dan Qadar Allah terhadap setiap hambanyanpunya hikmah yang tersendiri dan sebagai tanda kasih-sayangNya buat diriku yang lemah ini.

Memang Benar kata pujangga dan mereka yang arif tentang soal kehidupan pinjaman sementara Ilahi ini."Masa akan menjadi penyembuh segala-galanya".Kini segalanya telah berlalu dan telah ku redahi .Maka seharusnya kita sebagai manusia yang hanya mampu merancang seharusnya mengambil iktibar atas apa yang terjadi kepada dan diri kita dan tentunya ke atas orang lain jua.

p/s:Kini semuanya telah berlalu.So "Dont look back !!!..Move Forward.":).Cukuplah Allah bagiku.semoga hari yang mendatang dapat kita lalui dengan penuh keberkatan dan ketenangan.Amin..

No comments: