11 December 2009

Its a Time :)

22 hb November 2009
Ahad

Hari yang di tunggu dan untuk diraikan.
Seawal jam 6.30 pagi aku dah bangun.
Perasaan yang bercampur baur ini aku
himpunkan menjadi satu semangat untuk
terus meraikan pengalaman baru yang akan
aku nikmati sepanjang hari ini.

Yeahhh..Pengalaman menjadi urusetia program Treasure Race Parit Sulong tanggal 22/09/11.Aku ditugaskan untuk menjadi urusetia di "Checkpoint" Seri Wangi (Agrotek Tourism) Apa yang kami difahamkan terdapat 10 checkpoint yang peserta mesti redahi.Bermula dengan checkpoint di Teluk Wawasan sehingga di Seri Medan. Program ini telah dirasmikan sendiri oleh Dato Noraini Ahmad( Ahli Parlimen) Parit Sulong


Pertandingan ini bukanlah satu pertandingan
siapa sampai dulu adalah juara.Tapi apa yang menjadi
ukuran adalah tahap kepantasan,kreativiti,dan semangat
berpasukan yang ditunjukkan.Mereka juga diberikan
beberapa soalan teka-teki yang pastinya menguji minda
dan IQ dan EQ peserta.Perserta juga diminta mencari harta
karun selain perlu membeli beberapa barangan di sepanjag
perjalanan mereka yang pastinya akan digunakan bagi
setiap checkpoint."As long as they arrived with the time given .its must be 0k..:)"

Sebenarya aku tidaklah perlu risau akan apa-apa kerna aku sendiri akan menjaga checkpoint dengan En Rasid Ayob.Beliau adalah Pengerusi Persatuan .Beliau merangkap abang sepupu saya..huhu.Beliaulah yang banyak mempengaruhi diri ini untuk bergiat aktif dan cergas dalam
aktiviti belia.So sampainya di Pusat Khidmat Masyarakat Parit Sulong aku diperkenalkan dengan wakil kumpulan kawasan Simpang 5 sendiri..Kumpulan anak rantauuuuu...Memang teruja tengok dorang.Siap pakai kereta baru lagi..viva foorever gitu..:).

Peserta telah disediakan dengan sarapan pagi yang as for me quite heavy iaitu nasi ambang.But its must be ok,because mayb peserta did not have much time to take a break for their lunch.Tepat pukul 8.30 terlihat kelibat Dato' Noraini yang bersiap sedia untuk merasmikan acara.Aku dan En Rasid telah bersiap sedia untuk menuju ke Teluk Wawasan bagi membantu Marshell Zul and his wife di checkpoint mereka.

Di sini peserta diminta untuk memenuhhi setiap petak yang disediakan dengan batu gerewel sebnayak 10 pongkes setiap seorang.Sussana yang tadinya bingit dengan bunyian lagu bertambah menjadi semakin happening dengan kehadiran 23 team yang kesemuanya berpakaian merah menyala dengan tema 1 Malaysia. Aku bertambah teruja dan berbangga pabila melihat satu team yang terdiri daripada pelbagai bangsa turut terlibat dalam program ini..Wow!!..Dengan penuh kegirangan aku menyerahkan setiap sampul surat kepada semua peserta.:)

Sepantas kilat aku melihat satu demi satu peserta berlalu pergi dan mula melangkah laju bagi menuju checkpoint yang seterusnya. Selepas ini mereka diminta untuk mencari harta karun di Semerah,kemudian menuju ke Sungai nibong.Disini all of participants are required untuk membuat tempe dan mengetahui cara-cara membuat kacang soya.Selepas iti semua peserta kan menuju ke parit maimon dan Parit Mustafa.Di sini peserta diminta untuk mencari"clue" dan mencari harta karun.

Kemudian peserta akan menuju ke checkpoint yang ke-3 iaitu di Kg Parit Lapis Laman. Disini peserta akan diminta untuk mencanting wau.Team yang menunjukkan cantingan yang menarik dan kreaitf akan diberikan hadiah oleh pihak peganjur.Kesemua hasil cantingan wau akan diadili oleh pengusaha wau itu sendiri.Selepas itu peserta akan menuju ke Pekan Parit Sulong untuk mencari harta karun.Di sini peserta diminta untuk membeli sapu tangan.

Checkpoint yang seterusnya adalah di Seri Wangi.This is my checkpoint and Encik Rasid.
Di sini peserta diminta untuk menghasilkan mud-ball sebanyak 20 biji di samping menjawab
beberapa soalan yang telah disediakan..Sejujurnya aku sendiri tidak mengetahui apa itu mud-ball.Serius tak pernah dengar pun kan.:).Namun selepas diterangkan oleh En Azman(Pengusaha Agrotek Tourism) kami baru mengetahui akan fungsi dan kegunaaan mud-ball itu sendiri. Mud -ball adalah campuran daripada baja organik,gula merah,asam jawa dan tanah merah yang dicetak dalam gegelung.Bentuknya adalah bulat seperti blecan dan sangat padat. Fungsinya adalah untuk meneutralkan semual air kolam atau sungai yang kotor.Ianya dijual dengan 12 sen setiap satu.Menurut En Azman Mud-ball dalam masa 1 hari sahaja mud-ball boleh dihasilkan 1000 biji setiap hari.

Aku merasa teruja melihat pelbagai tanaman disini,antaranya ialah pokok tongkat ali,
pokok kacip fatimah,pokok misai kucing,gaharu,halia padi,pokok buah naga,pokok rosell,melberri, selasih ,pokok mas cotek dan banyak lagi.Tepat pada jam Selepas ini peserta kan menuju ke checkpoint seterunya iaitu di Seri medan.Di sini peserta diminta intuk meraut daun sawit untuk menghsilkan penyapu.


Acara penyampain hadiah telah dilaksanakn pada pukul 5 petang oleh Yang Berbahagia Dato' Noraini Ahmad.Kumpulan AAK diumumkan sebagai juara dalam program ini.Setiap team masing-masing mendapat sijil penghargaan dan hamper.




P/S:Aku insan yang dahagakan penglaman yang mampu mendidik
diri menjadi lebih baik dan berkeyakinan daripada hari demi hari.
AlhamdulilALLAH aku insan yang diberi peluang untuk menikmati
pengalaman ini.:)Tq Allah.

No comments: