11 December 2009




Inilah kata-kata yang sentiasa yang sering bermain di minda ku kini.......

"Kenapa kita harus meletakkan rasa yakin pada orang lain Tanpa langsung meletakkanya pada diri kita Sendiri"

Beberapa hari yang lepas aku dihambat dengan pertanyaan sedemikian oleh seseorang yang katanya aku banyak mempengaruhi corak kehidupannya kini Baru-baru ini jua aku ader terbaca tetntang persoalan daripada sahabat lamaku yang mungkin sudah betahun lamanya aku tidak pernah berkomunikasi verbally dengan beliau.Persoalanya ialah bagaimana untuk kita berasa YAKIN.

Ia inilah antara persoalan yang aku rasa menghantui semua azali lagi kan.Aku jua begitu.Jawapan pada setiap penawar keyakinan seakan sudah kita ketemui.Tapi untuk meralisasikan dan melaksanakan mengikut petua dan ketetapan adalah terkadang amat sukar untuk kita. Kita sering meletakkan diri dan minda kita di zon ynag negatif padahal sudah terbukti kita memang mampu untuk meleluinya dengan penuh bergaya.Tapi acap kali kita sering mempersia-siakan peluang yang sedia ada.

Orang lain pula yang mengharapkan sesuatu dan berasa yakin akan kemampuan kita,padahal diri kita yang seakan menolak nilai keyakinan dan keberanian yang memeang sudah wujud dalam diri kita.Kenapa ia harus begitu..... Hmmm.....penat2...

Biasalah terkadang kita berasa seakan amat yakin dengan sesutu perkara dan mampu melaksanakan dengan baik..terkadang pula tidak begitu.Ada hari-hari yang kita berasa yakin dan ader hari-hari yang kita tidak...well...Betol tak?..

Kepada yang bertanya soalan tadi.. Ea memang aku akui aku tidak seyakin dia Seyakin perasaanya terhadap diri ini..Memang aku takut di lambung ombak,mana mungkin aku sanggup berumah di tepi pasiran pantai.Tambahan pula aku tidak ada ilmu renangan:)

Maka aku mengambil keputusan untuk tidak meletakkan menjadi seseorang yang menjadi pemerhati untik setiap apa yang berlaku. Aku percaya ini adalah keputusan yang terbaik untuk diri sementara ini. Memang tiada siapa yang dapat meyakinkan diri ini,kecuali diri kita sendiri. Aku sangat yakin akan ketetapaNya untukku...

p/s:antara Cabaran paling besar dalam hidup ini pastinya untuk menahan godaan hawa nafsu
syaitan laknatuAllah yang mahu bermati-matian memosongkan akidah kita daripada mentaati segala perntahNya...Aku sedar dunia yang sudah inigin sampai ke pengakhirannya ini..harus dilalui dengan penuh berhati-hati dan penuh permuhasabahan...Ya Allah bantulah hambamu ini.Perbaikilah akhlak dan agama kami..Amin.

No comments: