09 November 2009

Little of tears


The last time im crying..
When the last time im crying..
and feel so touching...
Dah lama rasanya aku tak menangis
Ialah tak ada sebab kan nak nangis,takkan tiba2
nak melalalak macam orang gila kan.
Betol tak..

Dulu aku memang ngembeng n cengeng
Mak dan arwah abah sahaja yang tahu macam mana
ngembengnya aku.
Tak boleh silap sikit and salah sikit
mesti aku dah tarik muka sedepa panjangnya.
Dulu time scholl ,especially time secondary school
pagi-pagi lagi mesti aku akan strt my day dengan menangis..
Hari- Hari mesti nangis..
Sampai satu famili jadi bengang and tensen dengan aku..
Tapi arwah abah tetap sabar melayan kerenah manja aku
Until year 4 baru aku strt ok

Tapi pabila aku sudah mula mengenal
erti kehidupan dan makna sebuah ikatan perasaan
aku jadi lali dan malas nak mengeluarkan air mata
Mugkin da kering da air mata aku nie dek kerna menangis dulu :)

Masih segar dalam ingatan aku
Hari dan ketika aku nangis gile-gile
Aku betul2 sedih dan rasa air mataku tak kan dapat
memahami dan membantu apa-apa
Setiap masaku dihabiskan dengan titisan air mata
Betapa berdosanya aku rasa time tu
Menangis dalam keadaan yang macam 2
Tak Terucap perkataan sedih tu
Hari yang aku maksudkan pabila insan yang aku gelar "abah"
pergi buat selama-lamanya..

Mungkin pada waktu dan ketika itu aku masih
tercari-cari kekuatan untuk berteduh dan menerima hakikat ILAHI
Tapi jauh di sudut hatiku aku redha dan sudah bersedia menerima
hakikat sebuah kematian.

Sekarang pabila aku teringatkan arwah abah dan sesekali
melangkah ke pusara abah,aku tak langsung mampu mengalirkan
air mata, Sekadar mengalunkan bacaan AL-FATIHAH dan surah Yasin
untuk beliau yang amat kusanjungi.

Sampai sekarang pabila aku berhadpan dengan keadaan
yang genting dan sukar, aku masih tak bisa menangis..
Sekadar berdiam diri dan bermuhasabah untuk semua
perkara yang berlaku.


p/S: Sayangilah insan-insan pinjaman ILAHI di sekeliling kita dan diri ini
selagi hayat di kandung badan.:)
@s-

No comments: