01 November 2009

Doa & Harapan



Kita Punya Impian
Punya Mimpi Yang Indah
Punya Jiwa Kejayaan
Mengharapkan Pilihan
dan jawapan yang Tepat
Bagi setiap persimpangan

Tapi Terkadang Kiter alpa
Lupa siapa kita
Terlalu lemah
dalam melangkah
Tapi masih terus
Mengorak kehadapan
Penuh yakin dan Waja

Pabila setiap langkah sumbang
Langkah longlai
Langkah kosong
Langkah tumpul
Hati mula resah
mula di mamah rasa marah
pada diri dan orang lain

Maka barulah mahu
Teringatkan "DIA"
Yang masih tak jemu
mengasihi kita
Walau secubit pun....
Masih terus jua
memberi nikmat dan rezeki
untuk diri yang lemah

Alangkah ruginya kita
masih menutup mata hati
dalam merenugi setiap
apa yang terjadi

Mintalah, Pohonlah, Berpautlah,
Capailah,Menangislah,Rasailah
Hanya UntukNya

Hayatilah
Semua pemberian ini
Yang tidak mungkin kekal
dan kembali

Hanya Allah Matlamat Hidup ini
Baru tenang Hidup kita
Sepanjang hari
Amin..

Nukilan rasa-@S- Merah Terus Mekar Mara-

No comments: