13 November 2009

Ampunkan aku...


Adakah aku menjadi baik
atau semakin buruk

Adakah iman aku semakin Tinggi
atau semakin rendah

Adakah sahsiahku semakin Cantik
atau semakin hodoh

Adakah hatiku semakin dekat padaMU
atau semakin jauh

Adakah rasa syukurku makin bertambah
atau semakin berkurang

Adakah aku semakin celik
atau semakin lalai

Adakah aku mengejar Ukhrawi
dari Duniawi

Adakah bacaan Al-Quran aku semakin betul
atau semakin salah

Adakah solatku semakin khusyuk
atau semakin masyuk

Adakah aku mencari pahala
atau mencari dosa

Adakah aku belajar daripada kesilapan
atau hanya megakui tanpa membetulkan kembali

Adakah ilmuku semakin bertambah

Adakah aku anak yang baik

Adakah aku kawan yang baik

Adakah aku pelajar yang baik

Adakah aku adik yang baik

Adakah aku Kakak yang baik

Adakah dan Adakah.............................................
Jawablah...........................................

Aku sangat takut untuk semua adakah di atas
Sangat takut untuk terus melangkah
Aku sangat takut hidup di akhir zaman ini
Semua orang mahu hidup dalam syurgawi
dan takot dengan azab api neraka Ilahi
Tapi Tindak Tanduk Kiter
Langsung tak mencerminkan kita
rindukan ILAHI
Rindukan syurgawi
Rindukan Kekasih Allah
RasulALLAH s.a.w
Inginkan syafaatnyer

Ya Allah Ampunkanlah aku Allah
Aku lalai..
Aku berdosa
Semoga diri kita jauh daripada dosa
Benci untuk membuat dosa
Mencari pahala dan amal
Untuk Kehidupan di Akhirat yang lebih abadi
dan hakiki

Adakah dan Adakah
Jangan terus ber "adakah"
Jangan terus berkalau
Tapi sentiasalah bermuhasabah
dan istiqamah untuk semua perkara
yang baik berlaku.

P/S: Bertaubatlah wahai anak adam.....:(
Allah matlamat hidup kiter...
Alah huya Allah..
@S----merah terus mekar mara.......

No comments: