31 October 2009

Bahasa Jiwa Bangsa



Salam Terakhir….

Pagi itu aku melangkah dengan sepenuh hati.Dalam nada yang penuh bercampur-baur aku terus membilang waktu untuk terus melangkah keluar dari kampusku.Terasa hari-hari yang mendatang akan ku manfaatkan sepenuhnya. “Kak Mya mak kata bile, kak nak balik.....” Ternyata pesanan yang aku terima tempoh hari benar-benar mengetuk ruang hati dan mindaku….Ya,sudah hampir tiga bulan setengah aku tidak pulang ke kampung,walhal kalau mahu diikutkan bukannya jauh jarak perjalanan tempat pengajian ku dengan teratak indahku,tapi waktu dan komitmenku membataskan segala-galanya.

Tepat jam 2.30 petang aku selamat tiba di rumah.Ku panjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana terus diberi ruang dan peluang untuk terus berada bersamasama insan-insan yang kucintai.Ingin sekali ku rakam saat-saat terindah bersama mereka...Namun apa yang pasti kehadiran mereka membuatkan hati aku berbunga-bunga mekar pada kali ini.

"Mya,mak tengok badan kau semakin susut nak” "Eh tak dalah mak” Aku cuba menafikan keadaan ku pada ketika itu...Entah untuk kali ke berapa apabila merenung wajah mak, aku terasa ingin sesak nafas pada hari itu.Aku menjadi semakin bingung..Sama ada mahu menceritakan apa yang sedang aku
alami atau tidak..

"Ya Allah bantulah aku...untuk menghadapi liku-liku kehidupan yang sedang menerjah enak dalam hidupku..pada ketika ini” Dalam hatiku,aku terus-terusan berdoa. Tiba-Tiba suasana yang sunyi seketika, diketuk dengan deringan telefon bimbitku. "Kau bagaikan udara yang membantu aku untuk terus hidup bahagia..Tanpamu ku lemah,Pastiku tak berdaya kerana kau Maha Karya Cinta” Lagu Faizal OIAM terus mengalun-alun mekar meminta simpatiku.

Aku terpana,Mahu menjawab paggilan atau tidak..Mak memandangku dengan muka yang agak keliru.Aku menutup perasaanku yang sedang berkocak dengan melirik senyuman,lantas kuambil telefon bimbitku dan terus beredar.. Mahu sahaja aku campak telefon bimbitku pada ketika itu "Iskh menyibuk,penyibuk,tak faham bahasa agaknya!...”Getusku geram di dalam hati.. "Hei kau tak faham bahasa ke...kan aku kata jangan ganggu hidup aku lagi.!!!!’ Aku menjerit dengan sepenuh hati di kala itu. "Kenapa mya buat za...”

Zarul tidak sempat menghabiskan patah-patah katanya.. Aku terus mencampak telefon bimbitku Aku menjadi semakin tertekan, mahu sahaja aku menghentakkan kepalaku ke batu.Moga segala-galanya berakhir.Tiba-tiba, jeritan abah menerjah di telingaku.Dengan pantas aku terus mengesat saki-baki air mataku yang gugur ke bumi entah untuk kali keberapa dalam kamus hidupku.

"Mya abah dan mak nak pergi ke pasar parit sulong nak beli barang dapur untuk kenduri arwah nenek kau malam nanti........” "Kau nak ikut tak”... Abah menunggu jawapanku "Em..... tak apalah bah,Mya nak habiskan mengemas kat dapur tu.. "Eh,Kenapa muka anak abah pucat ni....” 'Mya, tak sihat ke !”..Abah memegang rapat kepalaku 'Eh, panas ni!.....Mya demam ke?”.Abah menyoal ku Aku menggeleng dan tersenyum.. 'Tak ada lah abah,sikit je ni..... penat naik bas sambung-sambung semalam agaknya”

Aku menafikan tanda meyakinkan abah.. "Oh kalau begitu tak apa la ,abah pergi dulu ya..Nanti kalau Mya nak kirim apaapa telefon je abang Hasrin kau tu ...” "Baiklah bah ” Aku menjawab tanda memahami.. Ku kucup tangan abah dengan hati yang penuh sayu ..... Bagiku abah seorang yang sangat tabah...Seluruh penduduk kampung sangat meyenangi keperibadian abah..

Abah seorang yang tidak banyak bicara aku fikir..Sangat menjaga hati sesama penduduk kampung.Abah memegang jawatan noja di kampungku.Apabila ada sahaja majlis dan kematian di kampungku,abah terus bertandang dari rumah ke rumah untuk meminta derma dan sumbangan ikhlas daripada mereka.Walaupun tanggungjawab yang dipikul oleh abah tidak seberat mana, namun abah berjuang dan berusaha keras untuk memberikan khidmat dan
komitmen yang sepenuhnya .

Saban waktu suara abahlah yang sering berkumandang melaungkan azan...Rata-rata penduduk kampung amat meyukai laungan azan abah.Pernah suatu ketika pada hari Raya Aidiladha, waktu abah melaungkan azan dan takbir, ada di antara mereka yang menagis tersedu - sedan menghayati bacaan abah...Aku jua turut merasakan kesayuan acap kali mendengar laugan azan dari abah...

Mak pula seorang yang sangat tegas..sangat berlainan dengan watak abah.Mak mempunyai daya imaginasi yang tinggi..Ada sahaja benda yang ingin di tokok tambah di persekitaran rumahku.Kata mak aku seorang yang keras kepala dan berani macam dia.Dalam diam aku mengakui kata-kata mak....Mak adalah penawar dalam setiap genap kepedihan dan kemanisan hari-hariku... Selepas selesai mengemas di seluruh ruang rumahku,aku terus masuk ke ruang
kamarku.. "Huh bersepahnya”getusku di dalam hati.. Selesai mengemas aku membelek-belek keratan-keratan akbar dan majalah yang aku kumpul selama lebih 3 tahun lebih ini..Satu persatu kutatap dengan penuh pengertian. Paparan Kisah Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir meratap akan nasib bangsa Melayu,Tsunami,Peperangan di Asia barat,Perkahwinan Dato Siti Nurhaliza, Kejayaan-kejayaan Towering Personality Melayu” dan banyak lagi antara keratan akhbar yang aku pernahku ambil dan kumpul dahulu.Entah mengapa aku amat gemar membaca dan mengumpul kisah-kisah sedemikian.Mungkin semangat dan keampuhan mereka mengharungi hidup menjadikan inspirasi untukku untuk terus mengapai kemenagan duniawi dan ukhrawi dalam pentas hidupku ini.... Ironinya kesabaran dan kekentalan diri menjadi kunci utama... Dalam diam aku mencari semangat diri yang asyik dimamah sikap negatif...

Sepanjang hari aku menyulusuri hari dengan bermain mesra dengan anak-anak buahku.Mereka memanggilku dengan gelaran Mak Mya .Lucu sekali hatiku tatkala melihat gelagat manja mereka bersamaku.Ada antara mereka yang hampir meninggalkan alam sekolah rendah dan ada di antara mereka yang baru hendak belajar memaggil,mama”....

Mengimbau kembali kisah silam hidupku..banyak sekali pengalaman pahit manis yang pernah kurasai,..walaupun belum setengah abad pun perjalanan hidupku ini.Dari situ aku cuba memahami definisi kehidupan itu sendiri.. Aku amat bersyukur kerana Allah sentiasa mendampingkan orang-orang yang terbaik disisi ku...Semua rakan-rakan seperjuanganku merupakan orang-orang yang sentiasa meletakkan perintah dan syariat Ilahi adalah yang utama di hati mereka.Mereka bijak menjaga maruah dan batasan diri..

Aku merenung jam di dinding dapurku..Ku lihat wajah mak dan jiran tetanggaku sedang ligat menyiapkan menu kenduri arwah buat nendaku tersayang...Ku lihat wajah emak yang penuh sarat dengan kepenatan bercampur-baur dengan kegembiraan..Lantas kumendekati emak..dan membantuya apa yang terdaya.... Mak bukan seorang yang suka memaksa anak-anaknya membantunya di dapur...Didikan mak sungguh menakjubkan..terus menjadikan kami semua seorang yang agak tabah..Mak merenungku tajam.Seolah-olah mahu berbicara denganku...

Mungkin jua mak pelik melihat tingkah-lakuku yang acap kali mengadu sakit kepala kepadanya...dan melihat wajahku yang agak pucat ini..... "Mya, kalau tak larat tak usahlah tolong mak ya” "Kau pergi tolong buaikan cici tu...”Nama timangan anak buahku.. Aku menurut perintah tanpa banyak bicara.. Langkahku, ku atur dengan kemas sekali... Aku mengalihkan pandangan di luar tingkap bilik... Terlalu cepat masa berlalu....Sudah suku abad ku di beri kesempatan untuk berpijak di bumi indah milik Tuhan ini....

Hidup Anda! Hidup itu sendiri tak dapat memberikan kegembiraan sampai anda menghendakinya; Hidup cuma menyediakan waktu dan tempat, terserah pada anda bagaimana mengisinya

Aku teringat kata-kata yang aku pegang hampir sepanjang perjalanan hidup ini.Sememangnya kita sebagai insan harus bijak menilai definisi kehidupan itu sendiri...Dimana paksinya adalah usaha,doa dan tawakal kepada yang Maha Agung....

Masih jua kupegang bait-bait kata yang terlontar kemas dari mulut Ustaz Nasri ini
alam ceramah Mennagani Cabaran dalam Mengejar Kejayaan dan Halaqah... ”Belajarlah untuk terima apa yang Allah tentukan,kerana apa-apa pun yang Allah anugerahkan bukan hak milik kita. Hati yang tidak tenteram adalah musibah.Hati adalah raja pada semua pancaindera kurniaan Ilahi. Sentiasalah tundukkan hati dengan bersolat..dan dalam apa jua keadaan kembalilah kepada fitrah yang maha Sempurna...

Lantas aku selalu memotivasi dan bermusabah diri apabila mengingati bait-bait patah kata-kata ini... Cici terus ku buai sehingga terlelap...Kepalaku yang acap kali berdenyut itu ku piciti dengan kadar yang perlahan-lahan.... Ku ambil telefon bimbitku yang sudah lama aku biarkan ..di tepi katil kamarku.. "Em.....patutlah,bateri habis rupanya.....”Getusku didalam hati.. Ku masukkan nombor pin.... Lapan puluh satu panggilan masuk dan lebih daripada dua puluh pesanan ringkas .Semuanya daripada Zarul.Ku buka satu demi satu kandungan pesanan ringkas itu.....Semuanya kata-kata sayang dan pertanyaan demi pertanyann yang sering mengahambat fikirannya hampir..3 bulan ini.....

Zarul merupakan teman akrabku dari sekolah menengah lagi..Keakraban kami berterusan sehingga kami berdua bersama-sama berjaya menjejakkan kaki ke puncak menara gading di tempat yang sama.Walaupun kami berbeza kursus,namun Zarul sering ku jadikan tempat untuk mengadu segala kasulitanku di kampus.....
"Maafkan Mya zarul..hanya Tuhan yang dapat membalas segala kebaikan Zarul terhadap Mya selama ini mengenalimu adalah perkara yang teindah dan terbaik yang pernah berlaku dalam hidup Mya selama ini .Salam kemaafan....” Aku membalas pesanan Zarul dengan air mata yang berlinangan..... Aku terus mematikan telefon bimbitku.. Selepas sembahyang asar, aku terus melangkah ke dapur..kulihat emak masih lagi sibuk menyiapkan juadah hidangan untuk kenduri arwah malam ini....Cuaca di luar sudah mula mendung dan mungkin hujan lebat akan mengiringi nanti. Tiba-tiba aku seakan -akan melihat kelibat nenda ku di pohon rendang di tepi bangsal.....Aku merupakan cucu kesayangan nenda.Mungkin kerana sikap ku yang ringan tulang dan pandai mengambil hati..menyebabkanku lebih dekat di hatinya.Aku masih lagi tidak dapat melupakan saaat-saat nendaku berhadapan dengan sakaratulmaut...Namun apa yang pelik,aku tidak pula mengalirkan airmata apabila abah memberitahu akan ketiadaan nenek.Tiba-tiba aku menjadi keras seperti batu.Setitis air mata pun tidak gugur pada waktu itu.Mungkin disebabkan ketenagan air mukanya yang terpapar jelas semasa pergi mengadap yang maha Esa menjadikan aku seteguh karang.Kini sudah genap setahun nenek meniggalkan duniawi,namun segala nasihatnya masih segar rapat dimindaku..

Mak menegurku selepas melihatku termangu di tepi jendela.... "Mya cepat tolong Mak Wani bungkus-bungkuskan serondeng tu” Aku menurut perintah tanpa banyak bicara.. Mak Wani bertanya perihal diriku yang pucat dan tidak bermaya itu.... Aku hanya menyatakan aku sering sahaja terasa ingin demam apabila terlihat sahaja hujan lebat dan kilat sambar-menyambar....
Selesai membantu apa yang perlu,aku terus beredar ke kamarku... Aku terus mandi untuk bersiap sedia menunaikan rukun islam yang kedua...solat maghrib....

Selesai sembahyang aku terus merehatkan tubuh badan ku di atas kamarku sambil memakai telekung ......Kepalaku yang terasa berat itu terus ku piciti....Terasa banyak beban yang mencengkam-cengkam dan mencucuk di seluruh anggota badanku.Sebelum ni sudah banyak kali jua, aku di serang demam yang teruk dan berpanjangan..Dan berapa kali jua aku memohon doa dan simpatyang kerdil ini kepada Ilahi supaya aku tidak diserang demam semasa berada di kampung...Cuma semenjak dua menjak ni hanya darah yang asyik mengalir keluar ketika ku batuk.. Aku sudah mula bimbang dengan keadaanku yang tidak menentu ini.......... Tiba-tiba dadaku mula senak,jantungku solah-alah mahu berhenti berdenyut.. Seluruh anggota badan terasa di tarik-tarik oleh sesuatu dan kedengaran suara berbisik-bisik....
"Mak Mya...,Mak Mya bangun,bangun.... nenek panggil” Kedengaran suara Adam,anak sulong kepada kakakku ................. "Tolong Mak Mya adam,tolong dam......”
"Kepala Mak Mya rasa sakit sangat ini” Tanpa mendengar kata-kata rayuanku Adam terusberlari dan memaggil kakakku..” "Mya kenapa ni dik..Kenapa dik....”
"Sakit kat mana dik” Macam mana boleh jadi macam ni dik... Dalam kedaanku penuh kesakitan...ku hanya dapat mengungkapkan kata-kata kemaafan... Kak maafkan mya kak....Tolong serahkan surat ni kepada mak dan semua ya kak.. Mak terus meluru ke arah ku....Ku gagahkan jua hati untuk membuka mata ku menghadap semua insan yang amat ku cintai sepenuh hati ini...Dari jauh, jua kulihat kelibat Zarul... Aku tersenyum.....penuh kepiluan

Salam....

Buat tatapan kalian semua insan-insan yang amat ku kucintai..Sedang warkah ini ditatap mungkin Mya sudah tidak lagi berada di sisi kalian semua.. "Mak dan abah berjuta-juta kemaafan yang tidak terhingga Mya pohon di atas segala dosa dan kesalahan Mya,jua buat semua insan yang mengenali diri..Myazatul Saadiah ini...
Mak.....”
Bukan niat dan kemahuan Mya mahu
menyembunyikan apa yang telah berlaku pada diri Mya selama ini....Kalau boleh Mya mahu sahaja berkongsi segala kegembiraan mahupun kesedihan dengan kalian semua...Mak...ampunkan Mya mak kerana melukai hati dan jiwamu yang tulus mencintai anakmu ini.. .. Beberapa bulan yang lalu Mya telah disahkan mengidap kanser DLBC limfoma ataupun lebih dikenali sebagai kanser kalenjar.Kanser ini disebabkan perubahan sel limfosit dan sel darah pitih...Pada detik itu seakan-akan kehidupan sudah tidak memberikan apa-apa makna lagi pada Mya, mak ..

.Beberapa bulan kebelakangan ini pula Mya kerap di serang
demam berulang-ulang kali dan tanpa diketahui sebabnya..Mya cuba berjumpa dengan doktor,namun jawapan yang Mya terima hanya demam biasa dan mya hanya memerlukan rehat ynag secukupnya.....Namun Mya masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang Mya terima, mak...Mungkin mak, ingin mengetahui bagaimana Mya diserang kanser ini ..

Mungkin peristiwa yang meragut
kesucian Mya tangal 15 january 2007 menjadikan Mya seorang sangat sensitif dan selepas kejadian itu Mya kerap bermurung dan terlampau bersedih.....Selepas menjalani Xray doktor mengesahkan paru-paru Mya dipenuhi air kerana dijangkiti kuman..Paru-paru Mya menjadi mengecut dan menyulitkan untuk bernafas....Mak bukan salah Mak mahupun sesiapa ,mungkin sudah takdir Yang Maha Agung yang begitu kuat menduga tahap keimanan Mya terhadapnya ....apakan daya.....Ampunkan Mya sekali lagi kalian.....

Salam terakhir...buat semua dari
Myazatul Saadiah Saifullah.

Mak tejelepuk ke lantai.... Kenduri arwah jua menjadi kenduri buat Myazatul Saadiah... Innalilallahiwainnalilallahirajiun....


............................................................................................................................................................................

No comments: